Letak Watermark Pembeli Di Ebook & Generate Password Secara Automatik

Letak watermark pembeli di Ebook & generate password secara automatik

Letak watermark pembeli di Ebook & generate password secara automatik

 

Bermula 1 April, kami sudah memasukkan satu lagi fungsi baharu dalam Ordersini. Kali ini fungsinya adalah untuk menjadikan setiap ebook yang dijual melalui Ordersini dapat dijaga privasinya dengan lebih selamat.

 

Sebelum ini, semua peniaga online & penjual ebook akan menghadapi kesukaran untuk mengelakkan ebook daripada diedarkan tanpa kebenaran. Pembeli menyebarkan ebook tersebut secara percuma kepada rakan-rakan.

 

Malah ada yang lebih teruk menjualnya di Shopee dengan lebih murah. 

 

Bagaimana mahu atasi 2 perkara ini?

Ada 2 cara sahaja untuk menjaga privasi setiap ebook yang terjual iaitu dengan cara:

 

1. Watermark

PDF Watermarking: Dos and Donts - Independent Security Evaluators

Watermark ialah meletakkan maklumat pembeli di ebook mereka. Jadi mereka tidak lagi boleh memberinya kepada orang lain tanpa kebenaran. Jika mereka masih memberikan kepada orang lain, anda boleh tahu dengan mudah dari mana sumber mereka mendapatkannya.

 

2. Password

How to Remove Password from PDF Files with Google Chrome - Digital ...

Ini juga cara yang sering digunakan oleh penjual ebook iaitu dengan cara meletakkan password kepada pdf. Jadi setiap pembeli perlu gunakan password tersebut untuk buka & baca.

 

Namun kedua-dua ini juga mempunyai masalah yang sama iaitu sangat sukar nak buat untuk bilangan yang banyak. Jika ada 200 pembeli ebook, anda sanggup nak watermark 200 ebook dengan 200 maklumat pembeli yang berbeza?

 

Maka hari ini Ordersini telah menyediakan satu lagi fungsi menarik untuk membantu anda menjaga privasi ebook yang dijual.

 

 

Anda hanya perlu upload file PDF kemudian enable fungsi password protected & PDF stamping. Apabila pembeli mahu buka ebook yang dibeli, ianya akan minta mereka masukkan password terlebih dahulu.

 

PDF stamping akan meletakkan maklumat pembeli di footer setiap page ebook anda. Ianya akan menjadikan setiap ebook anda adalah eksklusif kepada pembeli tersebut sahaja.

 

 

 

Bagaimana Akses Diberikan Kepada Pembeli?

 

Link download & password akan diberikan sejurus selepas pembeli membuat tempahan. Jika mereka buat pembayaran menggunakan payment gateway, ianya akan dihantar secara automatik selepas pembayaran selesai.

 

Jika mereka buat secara manual atau online transfer, email tersebut dihantar selepas anda menukar status order daripada pending kepada approved.

 

 

Jika pembeli terlupa password atau mahu download semula ebook mereka, mereka hanya perlu login akaun Ordersini & pergi ke menu Purchased Record untuk download semula ebook serta dapatkan password di sana.

 

Berikut ialah video tutorial untuk gunakan fungsi ini.

 

 

Hanya perlu 3 klik sahaja untuk pastikan setiap ebook yang anda jual terjaga privasinya. Gunakan fungsi ini untuk jualan ebook anda nanti.

 

Fungsi ini boleh didapati dalam semua pakej di Ordersini. Daftar akaun anda hari ini & mula menjual ebook tanpa perlu risau ianya diberikan kepada orang lain tanpa kebenaran anda.